Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Kementerian Sumber Manusia Arab Saudi tingkatkan pengalaman haji melalui perkhidmatan digital

ByBernama

MAKKAH, 7 Jun: Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi menyumbang secara signifikan kepada musim haji tahun ini (1446H) menerusi penyediaan pelbagai perkhidmatan digital bagi memperkemas prosedur, mengatasi cabaran dan meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk jemaah.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), usaha itu diselaraskan dengan pelbagai agensi kerajaan di seluruh tapak suci.

Antara inisiatif utama ialah aplikasi elektronik kementerian yang menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada individu dan perniagaan, termasuk melaporkan pelanggaran buruh, mendapatkan kaunseling keluarga serta perkhidmatan derma pantas.

Aplikasi “Mowaamah” pula khusus untuk memenuhi keperluan orang kurang upaya, menyediakan perkhidmatan seperti terjemahan bahasa isyarat, komunikasi dengan pembantu visual bagi orang buta, pengesanan lokasi mesra OKU serta alat komunikasi video untuk penjelasan kecemasan yang jelas, sekali gus meningkatkan kecekapan masa tindak balas pakar.

Selain itu, platform “Ajeer Al-Hajj” yang dilancarkan kementerian bagi mengurus pasaran buruh musim haji turut mencatat kejayaan cemerlang. Platform itu membolehkan syarikat melibatkan tenaga kerja tempatan dan bermusim secara kontrak, sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada jemaah.

Sehingga pertengahan musim, lebih 40,000 permit telah dikeluarkan menerusi platform itu, melibatkan 3,185 syarikat kontraktor dan seramai 39,766 pekerja — membuktikan keberkesanannya dalam memenuhi keperluan buruh bermusim serta menyediakan kepakaran penting kepada penyedia perkhidmatan haji.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan