Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri Majlis Ibadah Korban Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Laruh hari ini. Foto TVS

Kawalan import antara punca harga daging lembu di Sarawak lebih mahal – Fadillah

KUCHING, 7 Jun: Kawalan ketat terhadap import lembu selain kos logistik yang terhad menjadi antara punca kenaikan harga daging lembu di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kawalan ketat import terbabit bagi mengelakkan penyebaran jangkitan penyakit kuku dan mulut yang menjangkiti lembu terlibat.

“Di Sarawak kita memang ketat dari segi kawalan import sebab kita hanya ambil dari negara bebas penyakit kuku dan mulut, jadi itu antara punca harga tinggi.

“Namun untuk jangka panjang, kita hendak galakkan penternakan dalam negeri. Kalau lebih banyak lembu dibela sendiri, tidak perlu import dan apabila bekalan lebih daripada pemintaan, harga boleh diturun.

“Kita juga hendak hidupkan semula program feedlot dan cari bakal-bakal ternakan yang sesuai untuk diagihkan kepada penternak-penternak baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Laruh di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penstabilan Harga Barang Sabah, Sarawak dan Labuan turut mencadangkan supaya Kementerian Pertanian memberi tumpuan untuk melatih dan membekalkan lebih banyak baka lembu tempatan, serta membantu penternak kecil di seluruh Sarawak.

Katanya, pelaksanaan program seperti projek feedlot yang pernah dilaksanakan sebelum ini perlu dikembangkan semula dengan mengambil kira keperluan Sarawak.

Tambahnya, kekurangan bekalan baka lembu berkualiti menjadi cabaran utama dalam usaha meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan kerjasama antara Jabatan Veterinar serta Jabatan Pertanian penting bagi mencari pendekatan saintifik untuk membangunkan sektor penternakan secara lebih menyeluruh.

Terdahulu media melaporkan harga daging di Sarawak antara yang termahal di seluruh negara hingga boleh mencecah RM96 sekilogram.

Manakala berdasarkan senarai harga di laman web manamurah.com merekod harga purata bagi daging lembu di Sarawak iaitu RM64 sekilogram, jauh lebih tinggi berbanding negeri Kelantan yang merekodkan harga purata terendah RM27.72 sekilogram. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan