Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal laut ikan terbakar di perairan hadapan Pasar SAFMA dalam kejadian awal pagi tadi. Foto JBPM

Kapal laut ikan terbakar di perairan hadapan Pasar SAFMA

ByTVS

KOTA KINABALU, 7 Jun: Sebuah kapal laut ikan musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di perairan hadapan Pasar SAFMA awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.56 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

Operasi yang diketuai PBK II Judy Trisna berjaya mengawal kebakaran menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dan dua pancutan air laut sebagai sumber terbuka.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Agensi lain yang terlibat termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan