Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS

Jemaah haji puji pengurusan haji Arab Saudi

ByBernama

MINA (Arab Saudi), 7 Jun: Para jemaah yang menjadi tetamu di bawah Program Penjaga Dua Masjid Suci bagi Haji, Umrah dan Ziarah memuji kemurahan hati Arab Saudi, peranannya dalam mempromosikan nilai-nilai Islam, serta pengurusan Haji yang cekap pada tahun ini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dr Abdul Sattar Khan, seorang imam dan penceramah dari Sri Lanka memuji usaha anggota keselamatan Arab Saudi dalam memudahkan pergerakan jemaah dengan teratur dan lancar di tanah suci.

“Kehadiran dan bimbingan mereka menjadikan perjalanan kami lebih mudah dan selesa.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan dan rakyat Kerajaan ini dan berdoa agar negara ini sentiasa selamat dan makmur,” katanya.

Jemaah Indonesia, Rafli Ghani turut merakamkan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, kerana menjemputnya menerusi program itu.

Beliau menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai usaha berharga yang mengeratkan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

“Program ini sangat dihargai oleh umat Islam di seluruh dunia.

“Ia mencerminkan komitmen Kerajaan dan menyatukan umat,” katanya.

Program Penjaga Dua Masjid Suci yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan menjemput seramai 2,443 jemaah lelaki dan wanita dari 100 buah negara bagi musim Haji 1446 Hijrah ini.

Para jemaah turut mengakui usaha lebih luas Arab Saudi dalam mempromosikan sikap sederhana dan toleransi termasuk pembinaan masjid, pengedaran al-Quran dalam pelbagai bahasa, dan program jangkauan kepada komuniti Muslim di seluruh dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan