Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Ibadah Qurban 1446H/2025M di Kampung Panglima Seman Ulu hari ini. Foto TVS

Ibadah korban cerminan semangat perpaduan dan warisan budaya

ByMahathir Haroun

KUCHING, 7 Jun: Ibadah korban boleh dianggap salah satu simbol pengorbanan dan semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia memupuk semangat gotong-royong penduduk kampung dalam melaksanakan ibadah tersebut sekali gus mencerminkan budaya warisan masyarakat sejak dahulu.

“Kita semua masih ingat zaman kecil dahulu melihat ayah dan abang kita bergotong-royong menyembelih korban. Budaya ini harus diteruskan dan diwariskan kepada anak cucu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ibadah Qurban 1446H/2025M anjuran PBB Cawangan Pantai Damai di Kampung Panglima Seman Ulu hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersyukur kerana dapat melaksanakan ibadah dalam keadaan aman dan tenteram berbeza dengan saudara seagama di negara yang dilanda konflik dan peperangan.

Sehubungan itu, beliau menyeru keharmonian yang dikecapi kini terus dipelihara melalui semangat perpaduan dan kebersamaan selain pentingnya menolak sebarang unsur yang cuba memecah-belahkan masyarakat kampung dan kawasan sekitar.

“Perkara paling penting adalah perpaduan dan semangat persaudaraan. Jika ada unsur yang cuba memecah-belahkan, kita mesti bersatu sebagai satu kampung dan satu kawasan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan