Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria bersama penduduk Kampung Tràpeng Pring. Foto Muqri Aziz (TVS)

Bank Rakyat sumbang 45 ekor lembu, manfaat lebih 20,000 penduduk Islam Kemboja

ByMuqri Aziz

KAMPOT (Kemboja), 7 Jun: Sebanyak 45 ekor lembu telah dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di Kampot, Kemboja menerusi inisiatif Program Kembara Qurban Kemboja anjuran Bank Rakyat, memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk Islam yang rata-ratanya terdiri daripada golongan memerlukan.

Difahamkan, sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk setempat di Kampung Tràpeng Pring manakala baki 36 ekor lagi disembelih di kawasan Maahad Imam As-Syafiee.

Mudir Maahad Imam As-Syafie, Zakaria Adam memeriksa lembu sebelum dikorbankan. Foto Muqri Aziz (TVS)

 

Menurut Mudir Maahad Imam As-Syafie, Zakaria Adam, pelaksanaan ibadah korban ini amat bermakna buat komuniti setempat memandangkan ramai dalam kalangan mereka jarang menikmati daging segar.

“Kalau dibandingkan sebelum ini, sekarang ini agak lebih baik sedikit. Bukanlah setahun sekali makan daging tetapi ramai juga yang masih susah dan jarang-jarang dapat makan daging segar seperti ini.

“Tanpa bantuan daripada negara luar, khususnya Malaysia, biasanya satu kampung hanya ada satu atau dua orang yang mampu melaksanakan korban sendiri. Jadi, tak cukup untuk semua penduduk kampung. Hanya segelintir sahaja yang dapat,” ujarnya ketika ditemui media di Maahad Imam As-Syafie, di sini hari ini.

Difahamkan, lembu-lembu yang dikorbankan dibeli daripada penternak tempatan dan dagingnya diagihkan kepada keluarga-keluarga Islam yang kebiasaannya terdiri daripada lima orang atau lebih setiap isi rumah.

Antara hidangan istimewa yang disediakan oleh penduduk kampung ialah sup lembu, daging kering serta sajian tradisional unik dikenali sebagai Kaw Leng Phnom atau “Lembu Naik Bukit”.

Hidangan ini merupakan daging lembu halal yang dimasak perlahan bersama rempah dan herba tempatan. Ia sering dihidangkan bersama nasi dan sayur segar dan menjadi simbol masakan tradisional masyarakat Muslim Kemboja. Foto media sosial

Dalam bahasa Khmer, hidangan ini merupakan daging lembu halal yang dimasak perlahan bersama rempah dan herba tempatan. Ia sering dihidangkan bersama nasi dan sayur segar dan menjadi simbol masakan tradisional masyarakat Muslim Kemboja.

“Kami sangat gembira dan sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan rombongan-rombongan yang datang memberikan bantuan kepada umat Islam di Kemboja.

“Ini seperti satu ikatan persahabatan, ikatan ukhuwah. Tiada halangan dalam ukhuwah Islamiah ini,” tambah Zakaria.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria berkata sebanyak 45 ekor lembu telah disumbangkan oleh pendeposit menerusi Akaun Simpanan-i Tabung Qurban. Foto Muqri Aziz (TVS)

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria berkata, sebanyak 45 ekor lembu telah disumbangkan oleh pendeposit menerusi Akaun Simpanan-i Tabung Qurban bagi pelaksanaan ibadah korban di dalam dan luar negara khususnya di Kemboja.

“Di lokasi ini sahaja, lebih kurang 1,000 keluarga menerima agihan daging korban. Jika dianggarkan satu keluarga terdiri daripada tujuh hingga lapan orang, maka sekitar 7,000 hingga 8,000 orang mendapat manfaat daripada program ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut menyumbang beras seberat 10 kilogram setiap kampit yang akan diagihkan kepada 150 keluarga di Kampung Swai Relom pada keesokan hari.

Dengan anggaran kos keseluruhan mencecah lebih RM1.5 juta, inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Aidiladha malah memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan masyarakat Islam Kemboja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan