Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden AS Donald Trump mengadakan perbualan telefon dengan Presiden China Xi Jinping di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berterusan dan perselisihan mengenai eksport mineral nadir bumi. Foto fail AFP

AS, China adakan perbincangan perdagangan di London pada 9 Jun – Trump

ByBernama

WASHINGTON, 7 Jun: Amerika Syarikat (AS) dan China akan mengadakan pertemuan di London pada 9 Jun bagi membincangkan isu perdagangan, umum Presiden AS Donald Trump pada Khamis.

Dalam hantaran di Truth Social, Trump berkata Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick, dan Duta Perwakilan Perdagangan AS, Jamieson Greer akan mewakili Washington dalam pertemuan itu, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan AS, Duta Jamieson Greer akan bertemu dengan wakil China di London pada Isnin, 9 Jun 2025 bagi membincangkan Perjanjian Perdagangan,” kata Trump.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Trump mengadakan perbualan telefon dengan Presiden China Xi Jinping di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berterusan dan perselisihan mengenai eksport mineral nadir bumi.

Washington dan Beijing pada 12 Mei lalu menandatangani perjanjian sementara selama 90 hari untuk mula menarik balik sebahagian tarif tinggi yang dikenakan antara satu sama lain sejak Trump kembali memegang jawatan Presiden pada Januari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan