Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Yakub Arbi bersama penduduk Balingian di program korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

26 kampung DUN Balingian terima agihan daging korban

BALINGIAN, 7 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi menyumbang sebanyak lapan ekor lembu dan enam ekor kambing korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Sumbangan itu diagih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), surau-surau di kawasan Balingian serta beberapa agensi kerajaan yang terlibat, sebanyak 26 buah kampung di kawasan Balingian terlibat dalam pembahagian haiwan korban ini.

Abdul Yakub berkata, sumbangan itu bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan ibadah korban dilaksanakan dengan sempurna, tetapi juga bagi memeriahkan sambutan Aidiladha dalam kalangan penduduk kampung.

“Ia juga memberi peluang untuk menyantuni golongan kurang berkemampuan dengan pengagihan daging korban,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Aidiladha bukan sekadar perayaan, sebaliknya merupakan penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Beliau juga menzahirkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kepada semua petugas sukarelawan yang terlibat dalam memastikan Program Ibadah Korban ini berjalan dengan lancar dan jayanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan