Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terengganu FC (TFC) menafikan laporan yang mendakwa pihaknya sedang berunding dengan kelab dari Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC untuk proses perpindahan pemain sayap lincah Muhammad Akhyar Abdul Rashid. Foto Terengganu FC

TFC nafi khabar angin perpindahan Akhyar

ByBernama

KUALA NERUS, 5 Jun: Terengganu FC (TFC) menafikan laporan yang mendakwa pihaknya sedang berunding dengan kelab dari Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC untuk proses perpindahan pemain sayap lincah Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata setakat ini belum ada pihak yang tampil membuat permohonan rasmi termasuk DPMM FC, pasukan jemputan Liga Super.

Beliau berkata pemain kelahiran Kedah itu masih mempunyai kontrak bersama skuad Penyu sehingga 2027 dan kekal dalam perancangan utama pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

“Pemain (Akhyar) masih mempunyai kontrak sehingga 2027. Kita tidak menerima surat rasmi, apatah lagi ada berunding dengan DPMM FC untuk proses perpindahan pemain.

“Kami anggap perkara itu sebagai khabar angin dan desas-desus di laman sosial. Fokus kami adalah membentuk pasukan untuk musim baharu nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Syahrizan bagaimanapun berkata sekiranya ada pihak yang berminat mendapatkan pemain TFC, mereka perlu mengikut saluran dan prosedur yang betul seperti ditetapkan badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Beliau berkata skuad Penyu hanya akan mempertimbangkan tawaran perpindahan sekiranya pemain itu tidak berada dalam perancangan barisan kejurulatihan bagi musim 2025/2026.

“Kami sentiasa berpegang kepada prinsip profesional dalam menguruskan sebarang perkara berkaitan pemain, tetapi semua perkara perlu mengikut prosedur sewajarnya seperti ditetapkan FAM dan MFL,” katanya.

Akhyar, 26, mula menyertai TFC pada musim lepas sebagai pemain pinjaman dan sepanjang tempoh itu, beliau berjaya menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga-M serta Piala Shopee. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan