Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika mengadakan lawatan di Kompleks Penyembelihan Halal Siburan yang dimiliki oleh PPES Ternak Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) pada Khamis. Foto TVS

Sarawak rancang tubuh fakulti veterinar atasi kekurangan pakar

SIBURAN, 5 Jun: Sarawak berdepan kekurangan tenaga pakar veterinar yang kritikal apabila hanya terdapat 15 orang doktor haiwan bagi populasi 2.5 juta penduduk di negeri ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata perkembangan pesat sektor ternakan dan kesihatan haiwan menunjukkan bahawa tenaga kerja sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan.

“Saya pernah ke Brazil, mereka mempunyai 4,000 doktor haiwan. Kita di Sarawak hanya ada 15 (doktor haiwan) Jelas masih jauh ketinggalan. Justeru, kita bercadang untuk mewujudkan fakulti veterinar sendiri di Semenggok bagi melahirkan lebih ramai pakar tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada lawatannya di Kompleks Penyembelihan Halal Siburan yang dimiliki oleh PPES Ternak Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) hari ini.

Menurut beliau, Sarawak juga merancang mengambil alih kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) di Bintulu bagi menubuhkan pusat pengajian khusus dalam bidang veterinar.

Langkah ini kata Rundi dijangka dapat membantu meningkatkan kapasiti latihan tenaga kerja dalam sektor berkenaan ekoran setakat ini Sarawak terpaksa mendapatkan tenaga pakar dari Semenanjung Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja buat jangka masa singkat ini.

“Malaysia sendiri pun masih kekurangan doktor haiwan. Selain UPM, hanya ada satu lagi fakulti veterinar di Kelantan. Kos melahirkan doktor haiwan sangat tinggi dan sebab itu kita mahu sekurang-kurangnya 50 graduan setahun dari Sarawak sendiri bagi memenuhi permintaan dalam sektor ini,” katanya.

Beliau memaklumkan, perbincangan bersama Senat UPM mengenai rancangan itu sudah berjalan dan mendapat persetujuan secara prinsip di mana proses akreditasi akan kekal di bawah UPM. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan