Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada lawatan ke Kompleks Penyembelihan Halal Siburan, PPES Ternak Sdn Bhd, hari ini. Foto TVS

Sarawak bersedia sambut Aidiladha dengan bekalan daging mencukupi

KUCHING, 5 Jun: Bekalan daging di Sarawak berada pada tahap mencukupi dan berkualiti bagi menampung keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi memastikan kualiti bekalan daging sentiasa terjamin, termasuk kawalan terhadap penyakit haiwan yang boleh menjejaskan pengeluaran.

“Bekalan daging adalah mencukupi dan tiada masalah. Namun, kita memerlukan pegawai veterinar untuk membantu menangani penyakit seperti tangan, kaki dan mulut.

“(Ternakan) kita bebas daripada penyakit ini, sebab itu kita tidak menghadapi masalah untuk memasarkan produk kita ke luar Sarawak, termasuk ke Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Penyembelihan Halal Siburan milik PPES Ternak Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, hari ini.

Rundi turut memaklumkan kadar bekalan makanan di negeri ini meningkat daripada 13 peratus kepada 16 peratus setakat ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak dijangka mula menghasilkan keju mozzarella menjelang akhir tahun ini, selari dengan usaha meningkatkan kepelbagaian produk tempatan.

“Begitu juga dengan pengeluaran daging dalam tin atau ‘corned beef’ yang bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malah berpotensi dieksport ke luar. Apa yang penting ialah promosi dan strategi pemasaran yang berkesan,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan