Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cristiano Ronaldo muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk mengakhiri badi kekalahan Portugal kepada Jerman dalam kemenangan 2-1 pada separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA awal pagi tadi. Foto AFP

Ronaldo bawa Portugal ke final Liga Negara-Negara, akhiri badi kekalahan kepada Jerman

ByBernama

MUNICH, 5 Jun: Cristiano Ronaldo muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk mengakhiri badi kekalahan Portugal kepada Jerman dalam kemenangan 2-1 pada separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA awal pagi tadi, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Francisco Conceicao membuka ruang kebangkitan Portugal menerusi rembatan cantik pada minit ke-63, sebelum Ronaldo menyempurnakan peluang mudah lima minit kemudian.

Gol itu merupakan gol ke-137 Ronaldo bersama pasukan kebangsaan dalam 220 penampilan – kedua-duanya rekod dunia.

Kali terakhir Portugal menewaskan Jerman ialah pada Euro 2000, sebelum tewas lima kali berturut-turut.

Portugal, juara edisi sulung Liga Negara-Negara pada 2019, mara ke final pada Ahad di Munich untuk menentang sama ada juara 2021, Perancis, atau juara 2023, Sepanyol.

Sementara itu, Jerman akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga pada hari yang sama di Stuttgart, sekali gus menamatkan impian mereka untuk menjulang trofi utama sejak Piala Konfederasi 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan