Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motosikal mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah motokar yang bahagian hadapannya rosak teruk dalam kejadian di KM10 Jalan Papar–Kota Kinabalu malam tadi. Foto IPD Penampang

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Putatan

ByTVS

PENAMPANG, 5 Jun: Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di KM10 Jalan Papar–Kota Kinabalu, berhampiran pusingan-U Taman Bersatu, Putatan pada Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang DSP Erwansyah Abdul Basir, kejadian berlaku sekitar jam 11.15 malam apabila sebuah motokar yang dipandu lelaki berumur 40 tahun dari arah Kota Kinabalu membuat pusingan-U menuju ke Taman Bersatu.

“Ketika itu, motosikal mangsa datang dari arah Ketiau menuju ke Kota Kinabalu dan berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir, manakala mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk tujuan bedah siasat.

Pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Polis menyeru orang awam yang menjadi saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

Orang awam turut diingatkan supaya tidak menularkan sebarang gambar atau video kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan