Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menyuarakan kekecewaan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal meluluskan resolusi bagi gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Foto AFP

Malaysia kesal PBB gagal lulus resolusi gencatan senjata Gaza

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Malaysia menyuarakan kekecewaan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal meluluskan resolusi bagi gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kementerian Luar berkata, kegagalan berulang kali untuk menangani antara tragedi kemanusiaan terburuk itu amat dikesali.

Ini kerana jelas Wisma Putra, resolusi tersebut mendapat sokongan majoriti jelas negara-negara anggotanya ekoran kuasa veto.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang membunuh orang awam, tindakan genosid dan menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Wisma Putra menegaskan rejim Zionis Israel perlu sedar bahawa jalan penyelesaian tunggal serta adil dan berkekalan untuk mencapai keamanan dan kestabilan di wilayah itu adalah hanya dengan penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Pendekatan ini kekal sebagai pendirian berprinsip Malaysia dan selaras dengan sokongan berterusan masyarakat antarabangsa,” menurut kenyataan.

Tambah kementerian itu, masyarakat antarabangsa juga perlu meneruskan usaha-usaha bagi mencapai dan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan