Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) di Majlis Pembukaan Leo Forum 2025 District 308-A2. Foto: Alex Teo (TVS)

Leo Forum bina jati diri, pupuk semangat kesukarelawanan belia

ByAtikah Norman

KUCHING, 5 Jun: Program Leo Forum yang membuka tirainya hari ini hingga 7 Jun ini disifatkan sebagai platform penting dalam memupuk semangat kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penglibatan aktif pelajar sekolah menerusi Kelab Leo membuktikan wujudnya ruang positif untuk mencungkil potensi dan membentuk jati diri sejak peringkat awal.

“Saya melihat forum ini bukan sekadar ceramah atau bengkel, tetapi satu platform yang cukup baik untuk membentuk pemimpin berempati, kreatif, berani dan bersemangat untuk berkhidmat kepada masyarakat,” kata beliau ketika berucap di Majlis Pembukaan Leo Forum 2025 District 308-A2, hari ini.

Abdul Karim turut merakamkan penghargaan kepada para pengetua dan pentadbir sekolah yang membenarkan penubuhan Kelab Leo dalam institusi masing-masing sekali gus membuktikan sokongan kuat terhadap pembangunan sahsiah dan sosial pelajar.

“Semangat volunteerism ini seharusnya disemai sejak di bangku sekolah. Inilah yang diperjuangkan oleh Lions dan Leo iaitu menanamkan semangat kerjasama dan kesukarelawanan di peringkat muda,” tambah beliau.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut memuji elemen kreatif dan ekspresi dalam forum tersebut, khususnya menerusi segmen “Shine the Stage” yang menurutnya mencerminkan pendekatan dinamik dan bermakna dalam pembangunan belia.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama 351 ahli Leo dari Sabah dan Sarawak. Foto: Alex Teo (TVS)

Forum yang menghimpunkan 351 ahli Leo dari Kuching serta bandar-bandar lain di Sarawak termasuk negara jiran; Brunei Darussalam serta Sabah dan Labuan itu menjadi bukti kepada rangkaian kerjasama yang kukuh antara sekolah dan komuniti Lions.

Bertemakan “Breaking the Waves”, forum tahun ini menjadi ruang bagi anak muda untuk melakar perubahan yang melangkaui sempadan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan