Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kemasukan konvoi bantuan kemanusiaan terbaru ke Semenanjung Gaza di bawah Operasi Chivalrous Knight 3, sebagai kesinambungan usaha menyokong rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Foto fail UAE Forsan English (FB)

Konvoi bantuan UAE masuk Gaza bawa 1,039 tan bekalan makanan Operasi Chivalrous Knight 3

ByBernama

GAZA, 5 Jun: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kemasukan konvoi bantuan kemanusiaan terbaru ke Semenanjung Gaza di bawah Operasi Chivalrous Knight 3, sebagai kesinambungan usaha menyokong rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), konvoi tersebut membawa 1,039 tan bekalan makanan dan tepung dengan sasaran untuk membantu kira-kira 1.3 juta penerima manfaat.

Penghantaran ini adalah sebahagian daripada sokongan berterusan UAE kepada penduduk Gaza yang berdepan keadaan kemanusiaan yang amat kritikal berikutan kekurangan barangan keperluan asas. Operasi Chivalrous Knight 3 memastikan bantuan disalurkan secara meluas dan berterusan melalui semua saluran yang tersedia.

Meskipun berdepan cabaran kemanusiaan, UAE terus menyalurkan bantuan makanan di dalam Gaza. Menerusi operasi ini, UAE turut menyokong 31 bakeri bagi memastikan bekalan roti dan makanan asas kepada keluarga pelarian dapat diteruskan.

Operasi Chivalrous Knight 3 sekali lagi menegaskan bahawa penghantaran berterusan bantuan UAE ke Gaza, walaupun dalam keadaan amat mencabar, mencerminkan komitmen teguh dan konsisten UAE dalam menyokong rakyat Palestin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan