Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

Kanak-kanak lelaki empat tahun maut jatuh dari tingkat 30

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.17 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan insiden berkenaan.

Beliau berkata sepasukan anggota polis segera dihantar ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan proses bedah siasat dijadualkan dijalankan esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 37 saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa menangis di sisi mayat kanak-kanak itu turut tular di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan