Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang jurutera kerugian lebih RM150,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sebagai ejen jualan produk antarabangsa yang ditawarkan melalui laman web tidak wujud. Foto hiasan Envato

Jurutera di Dalat rugi RM150,000 diperdaya tawaran kerja dalam talian palsu

DALAT, 5 Jun: Seorang jurutera di sini kerugian lebih RM150,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sebagai ejen jualan produk antarabangsa yang ditawarkan melalui laman web tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat laporan polis selepas menyedari telah ditipu dalam skim penipuan kerja dalam talian.

Katanya, kejadian berlaku sekitar pertengahan April lalu ketika mangsa sedang melayari satu laman sesawang yang kononnya menawarkan peluang menjadi ejen kepada pelbagai produk luar negara.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah mendaftar sebagai ejen dan berurusan dengan suspek yang menyamar sebagai wakil khidmat pelanggan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudian membuat beberapa transaksi pembayaran ke akaun bank yang diberikan suspek dengan jumlah keseluruhan lebih kurang RM150,000, selepas dijanjikan komisen lumayan hasil jualan,” katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan komisen seperti dijanjikan.

“Suspek memberi pelbagai alasan dan meminta mangsa membuat bayaran tambahan bagi memproses komisen berkenaan, namun sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima sebarang bayaran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan