Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen menahan 13 pendatang tanpa izin yang didapati mengendalikan perkhidmatan inap desa, dalam operasi khas di sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail di sini, Selasa lepas. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (FB)

Jabatan Imigresen tahan 13 pendatang tanpa izin urus inap desa

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Jabatan Imigresen menahan 13 pendatang tanpa izin yang didapati mengendalikan perkhidmatan inap desa, dalam operasi khas di sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail di sini, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Imigresen Ismail Mokhtar berkata kesemua mereka yang berumur 24 hingga 40 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti itu dengan cara menyewa kediaman berkenaan terlebih dahulu daripada pemilik yang merupakan warga tempatan.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 2.57 petang itu dilancarkan berdasarkan maklumat awam serta risikan selama dua minggu, dan mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki Bangladesh, seorang lelaki Indonesia, dan masing-masing seorang wanita warga Bangladesh, India dan Filipina.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh, lelaki warga Indonesia dan wanita warga India, disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala bakinya disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Ismail berkata selain itu enam warga tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“Kesemua warga asing yang ditahan itu menjalankan aktiviti menguruskan inap desa di Malaysia dengan menyewa daripada pemilik rumah yang merupakan warga tempatan, dan pelanggan akan membuat tempahan secara dalam talian, yang diuruskan oleh warga asing ini.

“Bayaran yang dikenakan adalah RM80 hingga RM400 untuk satu malam mengikut saiz bilik, dan perniagaan inap desa (oleh warga asing) ini dipercayai telah beroperasi selama setahun,” katanya.

Ismail berkata pasukan operasi turut menyita salinan perjanjian sewaan, empat pasport Bangladesh, masing-masing satu pasport Indonesia dan India, 48 kad akses, satu komputer riba, tiga telefon bimbit, borang maklumat tetamu inap desa, wang tunai berjumlah RM74,000 dan USD2,160. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan