Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau aktiviti penjualan produk vape dan e-rokok secara dalam talian susulan peningkatan larangan penggunaannya di beberapa negeri serta kebimbangan wujud bahan sintetik dalam produk itu. Foto Bernama

Isu vape: MCMC pantau jualan dalam talian – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Jun: Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau aktiviti penjualan produk vape dan e-rokok secara dalam talian susulan peningkatan larangan penggunaannya di beberapa negeri serta kebimbangan wujud bahan sintetik dalam produk itu.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan sedang diteliti oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pada masa yang sama, saya akan arahkan MCMC untuk meneliti penjualan produk-produk seperti itu dalam talian. Kita dapati jualan ini banyak berlaku di platform seperti Facebook dan WhatsApp.

“Sudah pasti sebarang tindakan penguatkuasaan juga akan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya pada sidang media mingguan di sini.

Beliau berkata walaupun isu vape adalah di bawah bidang kuasa KKM, Kementerian Komunikasi akan memantau daripada sudut penggunaan media sosial sebagai platform jualan khususnya bagi produk e-rokok.

“Insya-Allah, MCMC akan menyediakan satu laporan berhubung perkara ini dan Kementerian Komunikasi akan membentangkannya kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Fahmi turut menegaskan komitmen Kementerian Komunikasi untuk bekerjasama rapat dengan KKM dan KPDN bagi memastikan Internet yang lebih selamat (daripada iklan seperti vape dan e-rokok) terutama bagi kanak-kanak serta keluarga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan