Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia menjangkakan jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan mencecah US$240 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan hampir satu pertiga daripada jumlah itu dikhaskan untuk peralatan perubatan dan pembangunan teknologi kesihatan. Foto hiasan Envato

Indonesia bakal labur US$240 bilion untuk tingkatkan mutu sektor kesihatan negara

ByBernama

JAKARTA, 5 Jun: Indonesia menjangkakan jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan mencecah US$240 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan hampir satu pertiga daripada jumlah itu dikhaskan untuk peralatan perubatan dan pembangunan teknologi kesihatan.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata Indonesia memerlukan tambahan US$84 bilion dalam tempoh lima tahun — tiga kali ganda daripada bajet semasa — bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang setanding dengan negara jiran seperti Malaysia.

Beliau juga menekankan keperluan untuk penyelesaian berasaskan teknologi supaya sistem kesihatan negara lebih kukuh dan responsif, memandangkan perbelanjaan kesihatan semakin meningkat berbanding pertumbuhan ekonomi nasional.

“Inilah masa yang tepat untuk bertindak. Mari kita bangunkan sistem kesihatan Indonesia yang moden dan berdaya tahan bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan menjelaskan negara kini berada dalam fasa transformasi kritikal, dan teknologi perubatan menjadi tonggak penting untuk mewujudkan sistem kesihatan yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.

Antara inovasi utama yang bakal diperluaskan adalah penggunaan ubat PCSK9 inhibitor — suntikan tunggal generasi baharu yang terbukti menurunkan kadar kolesterol secara berkesan.

Budi Gunadi berkata ubat itu akan diedarkan ke 500 hospital di seluruh negara, menjadi alternatif lebih efisien berbanding rawatan tradisional yang memerlukan pengambilan ubat setiap hari.

“PCSK9 ini benar-benar ‘game-changer’ dan hanya satu contoh inovasi perubatan yang boleh kita manfaatkan,” katanya.

Beliau turut menyebut potensi teknologi seperti pembedahan robotik dan kecerdasan buatan (AI) yang mampu mempercepatkan diagnosis, mengurangkan masa pembedahan dan memendekkan tempoh rawatan di hospital.

Langkah itu bukan sahaja membantu pesakit, tetapi juga mampu menjimatkan kos dan melindungi bajet negara.

“Teknologi bukan hanya membantu doktor, tetapi juga menyokong ekonomi negara.

“Kita perlu fikirkan bagaimana untuk membina sistem kesihatan pintar, bukan semata-mata yang besar,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan