Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Dato Hanifah Hajar Taib ketika menghadiri Forward Faster Symposium di Kuala Lumpur hari ini.Foto Hanifah Hajar Taib FB

Forward Faster Symposium percepatkan amalan alam sekitar, ESG

ByTVS

KUCHING, 5 Jun: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Dato Hanifah Hajar Taib merasmikan Forward Faster Symposium yang dianjurkan secara bersama oleh UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di ibu negara hari ini.

Simposium anjuran kerjasama strategik antara MIDA dan UNGCMYB itu merupakan platform penting bagi mempercepatkan pelaksanaan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan komuniti perniagaan di Malaysia.

Ia selaras dengan usaha negara untuk beralih kepada ekonomi yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

Hanifah yang menyambut baik penganjuran program berkenaan optimis ia berupaya meningkatkan kesedaran, membina kapasiti dan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam inisiatif ESG.

Menurut beliau, kerjasama dan inisiatif sebegini adalah penting bagi mempercepatkan amalan perniagaan mampan di seluruh negara.

“Penglibatan aktif sektor swasta dalam ESG bukan sahaja akan memastikan kesiapsiagaan syarikat untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), malah ia turut memberi kelebihan daya saing dalam menghadapi keperluan pasaran yang semakin berkembang,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Turut memeriahkan simposium ini adalah penyertaan pelbagai syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka yang telah mula menerapkan elemen ESG dalam operasi dan strategi syarikat masing-masing.

Hanifah juga berkesempatan mengunjungi setiap reruai pameran, menunjukkan sokongan dan minat mendalam terhadap usaha yang dilakukan oleh pemain industri dan NGO dalam menyumbang ke arah masa depan ekonomi Malaysia yang lebih mampan dan bertanggungjawab.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan