Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman selepas dua rumah tidak kekal di Kg Togudon musnah dalam kebakaran. Foto JBPM

Dua rumah di Kampung Togudon musnah terbakar

ByTVS

PENAMPANG, 5 Jun: Dua rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Togudon pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10:45 pagi dan tiba di lokasi sejauh 36 kilometer pada jam 11:20 pagi.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah berkeluasan masing-masing 30×20 kaki dan 40×20 kaki yang terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hose reel dengan sumber air dari tangki jentera,” kata Komander Operasi PBK II KUP Wilson Walefred.

Seramai 14 anggota dari BBP Penampang dan Tambunan terlibat dalam operasi diketuai oleh PKPgB Zeno Tinggalan selaku Komander Operasi Kanan.

Pasukan bomba menghadapi cabaran komunikasi apabila tiada liputan telefon dan rangkaian GIRN dikesan di lokasi kejadian yang menyukarkan laporan langsung kepada pusat kawalan serta koordinasi dengan agensi lain.

Namun begitu operasi tetap berjaya dikawal pada jam 12:35 tengah hari dan ditamatkan lima minit kemudian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan