Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pendandan dan tukang gunting rambut yang terlibat dalam acara Barber Take Over Event adalah K24 barbershop, Hair2day barbershop, Kiyahe Barbershop, Gras Barbershop, Gustar Barbershop, Barberyenshop, Tok man's barbershop dan Yann barber. Foto DUBS Miri

Belia serlah bakat dan kemahiran di Barber Take Over Event Miri 2025

ByVanessa Enjop

MIRI, 5 Jun: Acara Barber Take Over Event yang berlangsung di Miri Visitor Information Centre sejak 4 Jun hingga 8 Jun ini mencuri tumpuan masyarakat, khususnya golongan belia, apabila menjadi pentas untuk menyerlahkan bakat serta meneroka peluang keusahawanan dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET).

Program yang berlangsung setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pertandingan Barber Battle, workshop penggayaan rambut, gerai jualan usahawan tempatan dan perkhidmatan gunting rambut percuma.

Pertandingan Barber Battle yang menghimpunkan hampir 50 peserta dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Kuala Lumpur menjadi kemuncak acara, dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM8,000, sekali gus membuktikan potensi besar industri dandanan rambut di peringkat serantau.

Selain itu, seramai 100 pengunjung bertuah menerima perkhidmatan gunting rambut percuma oleh barisan lapan pendandan profesional yang terdiri daripada K24 Barbershop, Hair2Day, Kiyahe, Gras, Gustar, Barberyenshop, Tok Man’s dan Yann Barber.

Acara ini turut dimeriahkan dengan lebih 15 gerai pameran yang menyajikan pelbagai produk dan perkhidmatan tempatan, menjadikannya ruang interaksi ekonomi komuniti yang bertenaga dan inklusif.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Mohammad Hafidz Rohani, yang memuji inisiatif ini sebagai wadah memperkasa belia dalam bidang kemahiran dan keusahawanan.

“Program seperti ini membuka peluang kepada belia untuk meneroka dunia TVET dan keusahawanan. Dengan adanya sokongan seperti GERAK dan USTEV di bawah SEDC, mereka boleh memulakan perniagaan dalam bidang yang mereka minati,” katanya.

Tambahnya, DUBS Miri turut memainkan peranan aktif membantu belia dan usahawan muda untuk mengakses bantuan dan geran yang disediakan kerajaan bagi mengukuhkan permulaan perniagaan.

Acara ini dianjurkan oleh Posh Work milik Siti Hawa Sarkawi dengan kerjasama strategik Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri dan MYSED.

Barber Take Over Event bukan sahaja mengetengahkan kreativiti serta kemahiran belia, malah memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi komuniti, selaras dengan usaha memperkasa bidang TVET dan keusahawanan dalam suasana santai, inklusif dan menyatukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan