Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aplikasi Arab Saudi, "Tawakkalna" memainkan peranan penting dalam menyokong para jemaah sepanjang musim Haji 1446 Hijrah dengan menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan digital canggih di setiap peringkat ibadah. Foto AFP

Aplikasi Tawakkalna main peranan penting mudahkan urusan Haji

ByBernama

MINA (Arab Saudi), 5 Jun: Aplikasi Arab Saudi, “Tawakkalna” memainkan peranan penting dalam menyokong para jemaah sepanjang musim Haji 1446 Hijrah dengan menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan digital canggih di setiap peringkat ibadah.

Para jemaah boleh mengakses permit Haji mereka dengan mudah menerusi aplikasi itu, yang disepadukan dengan platform digital bersatu Tasreeh.

Aplikasi terbabit membolehkan pengguna mengakses pelbagai permit yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, termasuk kad permit jemaah, pas masuk ke Makkah, serta permit untuk pekerja, sukarelawan dan kenderaan.

Dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah, “Tawakkalna” juga menyediakan akses kepada kad Nusuk melalui platform Nusuk, sekali gus memudahkan lagi proses pengesahan bagi para jemaah.

Tawakkalna direka untuk menyokong pergerakan harian jemaah, meningkatkan pengalaman mereka secara menyeluruh dengan perkhidmatan bersepadu dan kecekapan yang pantas.

Dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Data dan Kecerdasan Buatan Arab Saudi (SDAIA), aplikasi itu pada asalnya dilancarkan untuk menyokong usaha kerajaan ketika pandemik COVID-19.

Antara ciri terkini yang ditawarkan termasuk ramalan cuaca masa nyata bagi tapak suci, arah kiblat, waktu solat, akses kepada Al-Quran serta pelbagai alat lain untuk memastikan pengalaman Haji yang lancar dan selamat.

Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play, AppGallery dan Galaxy Store.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi transformasi digital Arab Saudi di bawah Visi 2030 yang mengutamakan teknologi pintar demi meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah Haji dan Umrah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan