Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto, AFP.

UNICEF: Keruntuhan sistem kesihatan ancam nyawa kanak-kanak di Gaza

ByBernama

RAMALLAH, 4 Jun:  Keruntuhan sistem kesihatan kini menjadi ancaman serius terhadap nyawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza, kata jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Palestin, Kazim Abu Khalaf.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Abu Khalaf dalam sidang media pada Rabu berkata kanak-kanak berdepan cabaran yang amat besar akibat perang yang berterusan, sambil menegaskan bahawa tiada tempat lain di dunia mencatat jumlah kematian kanak-kanak yang begitu tinggi setiap hari.

Beliau memaklumkan bahawa sejak 7 Okt 2023, purata 27 kanak-kanak terbunuh setiap hari, dan jika termasuk yang cedera, jumlah korban kanak-kanak mencecah purata 83 sehari dalam tempoh 20 bulan.

Abu Khalaf menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan antara golongan paling terkesan akibat kebuluran yang melanda Semenanjung Gaza, dengan puluhan ribu kanak-kanak didaftarkan memerlukan rawatan akibat kekurangan zat makanan akut yang teruk.

Statistik awal, katanya, menunjukkan lebih 40,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu – angka yang dijangka terus meningkat.

Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak di Gaza akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, bukan sahaja daripada kecederaan fizikal tetapi juga trauma psikologi dan emosi yang amat mendalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan