Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama pemimpin SUPP yang lain pada upacara menaikkan bendera sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di Kuching, hari ini. Foto UKAS

SUPP terus teguh berjuang demi Sarawak

KUCHING, 4 Jun: Kesetiaan kepada perjuangan asal serta kemampuan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman menjadi teras ketahanan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lebih enam dekad, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Presiden SUPP itu berkata demikian semasa menyempurnakan upacara menaikkan bendera sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti tersebut di Ibu Pejabat SUPP di sini, hari ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti kita di seluruh cawangan, dari pekan kecil hingga ke bandar, yang turut menganjurkan majlis menaikkan bendera SUPP hari ini.

“Ia bukan sekadar sambutan ulang tahun ke-66 parti, tetapi satu penegasan terhadap visi dan misi asal penubuhan kami, iaitu ‘Sarawak First’ sejak 1959,” katanya seperti dipetik UKAS.

Dr. Sim menegaskan bahawa SUPP bukan sahaja parti pelbagai kaum pertama di Sarawak, malah turut memainkan peranan penting dalam membina negeri ini sejak sebelum Malaysia ditubuhkan.

“Kita meraikan bukan hanya usia, tetapi kesinambungan perjuangan asal pengasas parti. Perjuangan itu masih relevan, untuk menjadikan Sarawak sebagai keutamaan.

“Hari ini kita perbaharui komitmen kita terhadap prinsip Sarawak First,” ujarnya lagi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin serta ahli parti dari generasi ke generasi yang kekal setia meskipun menghadapi pelbagai cabaran politik sepanjang sejarah penubuhan parti.

Dalam ucapannya, Dr. Sim turut menyeru agar semangat perpaduan dalam SUPP dan dalam kalangan komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus dipertahankan demi kelangsungan perjuangan untuk Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan