Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Wilfred Yap dan pemimpin SUPP yang lain pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-66 dan Upacara Menaikkan Bendera Parti di Ibu Pejabat SUPP. Foto SUPP Kota Sentosa (FB)

SUPP tekad perkukuh agenda pembangunan GPS

ByMuqri Aziz

KUCHING, 4 Jun: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menegaskan perjuangan pembangunan yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum selesai dan memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak agar tiada kawasan tercicir daripada arus kemajuan.

Pengerusi SUPP Cawangan Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata kemajuan pesat yang dikecapi Sarawak ketika ini adalah hasil kepimpinan GPS di bawah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, terutamanya dalam bidang infrastruktur, pembangunan luar bandar serta ekonomi hijau dan digital.

“Namun perjuangan kita belum selesai. SUPP perlu terus memperhebat usaha dan memastikan semangat kerjasama serta komitmen diteruskan di semua peringkat parti,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-66 dan Upacara Menaikkan Bendera Parti di Ibu Pejabat SUPP, hari ini.

Beliau turut menggesa ahli-ahli parti agar kekal bersatu dan berwaspada dalam mempertahankan kedaulatan serta keharmonian Sarawak, selari dengan aspirasi GPS untuk membina negeri yang maju dan stabil bagi generasi akan datang.

“Saya mengulangi peranan SUPP dalam GPS sebagai parti yang menumpukan kepada penyampaian serta visi masa depan. Kita bukan mengejar kuasa peribadi, tetapi berjuang demi Sarawak yang lebih cerah dan kuat,” ujarnya.

Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP tahun ini yang dianjurkan oleh Cawangan Kota Sentosa bukan sahaja memperingati pencapaian usia parti itu, malah memperkukuh iltizam untuk terus memperjuangkan hak Sarawak serta kepentingan semua komuniti tanpa mengira kaum.

Menurutnya, berteraskan prinsip keterangkuman dan kemajuan, SUPP terus berperanan sebagai suara rakyat Sarawak dalam membina masa depan yang mampan dan harmoni.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan