Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghulu Harbi Baker bergambar bersama pemenang Pertandingan Layang-layang Putus Talinya di Waterfront Balingian. Foto TVS

Smagel dari Indonesia rangkul gelaran ‘Raja Langit’ Balingian

ByTVS

BALINGIAN, 4 Jun: Pasukan Smagel dari Indonesia merangkul gelaran ‘Raja Langit’ pada Pertandingan Layang-Layang Putus Talinya meskipun tumpas dalam ketegori terbuka di Balingian Waterfront pada Selasa.

Pertandingan terbuka anjuran Kelab Layang-layang Balingian yang disertai 16 peserta itu turut disertai kelab layang-layang dari Bintulu iaitu KFG Bintulu dan Serian KF.

Smagel dinobatkan sebagai pemenang setelah layang-layangnya kekal terbang di udara menumpaskan 15 peserta lain pada ketegori Raja Langit sekali gus membawa pulang wang tunai RM100.

Untuk ketegori terbuka yang bertanding secara kalah mati, johan dimenangi oleh On-u, naib johan Udin BKF manakala ketiga XPander dan keempat Mirul 69 KF.

Sememtara hadiah saguhati pula dimenangi Serian KF, Smagel dan Bosku.

Pemenang ketegori terbuka membawa pulang hadiah RM700 dan hamper, naib johan RM500 dan hamper manakala ke tiga RM300 dan hamper.

Hadiah merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Yakub Arbi manakala hadiah Raja Langit sumbangan peribadi Penghulu Harbi Baker.

Menurut Harbi, acara itu adalah bersempena sambutan cuti Hari Gawai dan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

“Program ini juga sebahagian untuk mengalakkan penduduk tempatan beriadah dengan aktivit yang sihat selain untuk memupuk semangat silaturahim antara penduduk berbilang bangsa dan agama di Balingian,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan