Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta mewah jenis Mercedes Ecoupe300 terbakar di Taman Stakan Perdana, Jalan Stakan, Kota Samarahan, awal pagi tadi. Foto JBPM

Sebuah Mercedes terbakar di Jalan Stakan

KOTA SAMARAHAN, 4 Jun: Sebuah kereta mewah jenis Mercedes Ecoupe300 terbakar di Taman Stakan Perdana, Jalan Stakan di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.57 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes Ecoupe300 terbakar keseluruhan.

“Pihak bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan