Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan mencari dan menyelamat membawa mayat remaja perempuan yang lemas ke jeti untuk tindakan selanjutnya. Foto JBPM

Remaja perempuan lemas di Sungai Katibas, mayat ditemui pada hari ketiga pencarian

SONG, 4 Jun: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Katibas berhampiran Rumah Robert, Nanga Bajor ditemui meninggal dunia hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa, Puteri Nazatul Akmal Zulkarnain, 13, dilaporkan hilang pada Isnin selepas mandi di sungai bersama abang dan tiga rakannya.

“Pada jam 10.44 pagi, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menemui mayat mangsa di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari rumah panjang.

“Mangsa kemudian dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis pada jam 10.54 pagi untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, pencarian masuk hari ketiga hari ini dimulakan seawal jam 8.15 pagi.

Unit K9 JBPM bersama penduduk rumah panjang melaksanakan kaedah pencarian permukaan air, meliputi radius lima kilometer menyusuri tebing sungai.

Operasi SAR itu melibatkan seramai empat anggota bomba dibantu tiga anggota polis, enam anggota APM, 21 penduduk kampung, dua anggota Unit K9, lima anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air JBPM Zon 4 Sibu serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Song. – TVS

Tags: bomba, Katibas, SAR

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan