Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Reborn bergambar bersama hadiah kemenangan selepas muncul juara tarik tali terbuka Lawas sempena Pesta Lun Bawang tahun 2025. Foto: TVS.

Pasukan Reborn Sabah juarai acara tarik tali Pesta Lun Bawang

LAWAS, 4 Jun: Pasukan Reborn Sabah tampil menjuarai Kejohanan Tarik Tali Terbuka sempena Pesta Lun Bawang yang berlangsung di Komplek Sukan Lawas hari ini.

Pasukan dari negeri di bawah bayu itu berjaya menewaskan pasukan AF Civil juga dari Sabah sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala manakala pasukan AF Civil membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala.

Sementara itu pasukan dari negara jiran, Brunei Darussalam iaitu Chainblock menewaskan Pasukan MG5 daripada daerah Temburong pula menduduki tempat ketiga dan keempat.

Kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 RM1,000 serta piala.

Bagi kategori wanita pula diungguli jaguh dari daerah Limbang yang diwakili pasukan Cozy yang membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan piala.

Majlis menyaksikan acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sarawak Steve Lius bersama penaja pertandingan, Johnson Liaw. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan