Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Rumah Enjan Nanga Biban, Sungai Tatau, malam tadi. Foto hiasan Envato

Lelaki terjatuh di Sungai Tatau dikhuatiri lemas

TATAU, 4 Jun: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Rumah Enjan Nanga Biban, Sungai Tatau, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Alexsen Gindi berusia 24 tahun.

Komander Operasi, Hamka Husaini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.12 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) digerakkan ke Balai Polis Tatau untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden tersebut.

“Hasil perbincangan bersama pihak polis, difahamkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilaksanakan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

Menurut beliau, operasi SAR ditangguhkan malam tadi memandangkan lokasi kejadian hanya boleh diakses melalui laluan balak yang sukar dilalui pada waktu malam.

“Penangguhan juga dibuat bagi memastikan keselamatan semua anggota penyelamat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan