Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota BBP Ranau mengeluarkan mayat mangsa yang dihempap jentera berat di Kampung Montoki. Foto JBPM

Lelaki maut dihempap jentera berat di Kundasang

ByTVS

RANAU, 4 Jun: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas dihempap sebuah jentera berat ketika menjalankan kerja pembaikan di Kampung Montoki, Kundasang, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.38 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba Ranau dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki tersepit di bawah jentera berat. Pasukan bertindak mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata kenyataan JBPM Sabah.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan