Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) berusaha untuk memastikan kepentingan Sarawak sentiasa diutamakan dalam setiap keputusan dan tindakan. Foto BIlly Batang (TVS)

GPS komited utamakan kepentingan rakyat

BySalasiah Safian

MIRI, 4 Jun: Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus komited memastikan kepentingan rakyat dan negeri Sarawak sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dan tindakan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata sebagai salah satu parti utama dalam GPS, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) memainkan peranan penting dalam merangka dasar yang memperkasakan rakyat serta memacu pembangunan negeri.

“SUPP di dalam GPS, kita telah telah mencapai banyak pencapaian besar bersama…setiap satu adalah langkah penting ke arah Sarawak yang lebih kuat, maju dan Makmur.Untuk kepentingan rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengankutan Sarawak berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang di Majlis Pengibaran Bendera sempena Ulang Tahun ke-66 SUPP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi akan beberapa pencapaian penting Sarawak antaranya Pemerolehan Pelabuhan Laut Dalam Bintulu yang telah meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam perdagangan serantau dan global, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu akan membawa Kuching khususnya ke pentas dunia sebagai pintu masuk utama untuk perdagangan, pelancongan, dan hubungan antarabangsa.

Manakala Sistem Pengangkutan ART di Kuching menunjukkan sistem pengangkutan moden, cekap, dan mesra alam bagi mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mobiliti dan penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak iaitu Air Borneo memperkukuh hubungan antara kawasan dan membuka peluang baharu dalam pelancongan serta perniagaan.

Sementara itu, dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih dekat serta mesra rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi tempatan Kerajaan Sarawak telah mengambil alih Affin Bank.

Selain itu, kerajaan Sarawak turut menyediakan Pendidikan Percuma di Universiti Milik Kerajaan Sarawak seperti Curtin University, University Technoloy Sarawak (UTS), Swinburne University, ICATS menjelang 2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan