Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat cedera selepas kereta dinaiki kemalangan kendiri di Jalan Canna, Tabuan Jaya di sini, malam tadi. Foto JBPM Sarawak

Empat cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Canna

KUCHING, 4 Jun: Empat dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki kemalangan kendiri di Jalan Canna, Tabuan Jaya di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Tahir Tuah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.49 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan kendiri sebuah kereta.

“Terdapat seorang mangsa penumpang masih berada di tempat duduk hadapan dan tidak tersepit mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiga lagi mangsa telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.

“Pihak bertindak mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mangsa kepada Unit EMRS Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan