Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PATI yang ditahan menaiki trak tahanan imigresen selepas serbuan di Sandakan. Foto TVS

238 PATI ditahan dalam operasi imigresen di Sandakan

ByTVS

SANDAKAN, 4 Jun: Seramai 238 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu dan Ops Mahir yang dijalankan Jabatan Imigresen Sabah di empat lokasi sekitar Sandakan sejak tengah malam Selasa hingga pagi Rabu.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata operasi yang disertai 71 pegawai imigresen dari Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu itu memfokuskan kawasan setinggan di Batu 8 dan Batu 10, serta beberapa premis kilang dan tapak pembinaan.

“Seramai 480 individu diperiksa dan daripada jumlah itu, 238 ditahan membabitkan 88 lelaki dewasa, 88 wanita dewasa, 30 kanak-kanak lelaki dan 32 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada dokumen perjalanan sah di bawah Seksyen 6(1)(c), tinggal lebih masa (Seksyen 15(1)(c)), salah guna pas (Seksyen 39(b)) serta menggaji PATI tanpa dokumen sah oleh majikan di bawah Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63.

Sehingga kini, Jabatan Imigresen Sabah telah menahan seramai 2,730 PATI di seluruh negeri, memeriksa 13,850 individu dan menghantar pulang 6,058 orang ke negara asal melalui laut dan udara.

Dalam tempoh sama, 53 majikan turut ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah.

“Majikan di Sabah diingatkan agar memastikan semua pekerja mempunyai dokumen perjalanan yang sah bagi mengelakkan tindakan undang-undang,” tegasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan