Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 1.6 juta orang di seluruh dunia jatuh sakit pada setiap hari akibat makanan yang tidak selamat, menurut amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Foto hiasan Envato

1.6 juta jatuh sakit setiap hari akibat makanan tidak selamat – WHO

ByBernama

GENEVA, 4 Jun: Seramai 1.6 juta orang di seluruh dunia jatuh sakit pada setiap hari akibat makanan yang tidak selamat, menurut amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sambil menggesa usaha global dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan makanan melalui dasar dan amalan berasaskan sains, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab global,” kata saintis di Jabatan Pemakanan dan Keselamatan Makanan WHO Simone Moraes Raszl, semasa taklimat media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva menjelang Hari Keselamatan Makanan Sedunia Sabtu ini.

“Penyakit ini boleh dicegah dan sains untuk mencegahnya sudah wujud. Apa yang kita perlukan ialah tindakan – tindakan yang diselaraskan, berasaskan bukti dan inklusif,” katanya.

Raszl menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap keselamatan makanan terletak pada semua sektor dalam masyarakat.

Pembuat dasar perlu melabur dalam peraturan berasaskan sains dan sistem data yang kukuh; perniagaan makanan perlu mengamalkan prosedur keselamatan yang ketat dan mengutamakan ketelusan; institusi akademik harus terus berinovasi dan mendidik manakala pengguna pula perlu sentiasa peka dan mengamalkan pengendalian makanan secara selamat di rumah.

“Setiap daripada kita adalah pengurus risiko. Kerana jika ia tidak selamat, ia bukan makanan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan