Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba melakukan pemantauan susulan bagi memastikan keadaan benar benar selamat sebelum menamatkan operasi. Foto JBPM Sarawak

Tindakan pantas penghuni halang api merebak

SARIKEI, 3 Jun: Tindakan pantas penghuni berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dalam kejadian membabitkan sebuah dapur rumah panjang di Jalan Sungai Seleku, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, bangunan dapur jenis tidak kekal yang terletak kira-kira empat kaki dari rumah panjang berkenaan musnah terbakar 100 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.21 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei segera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan dapur kayu yang dibina secara berasingan berhampiran rumah panjang tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya hasil tindakan pantas penghuni sebelum bantuan bomba tiba.

Katanya, dapur tersebut bagaimanapun musnah terbakar sepenuhnya dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan