Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian luar rumah menunjukkan kesan kebakaran ke atas struktur separuh kekal tersebut. Foto JBPM

Rumah hampir musnah dijilat api di Kampung Kolopis

ByTVS

PENAMPANG, 3 Jun: Sebuah rumah satu tingkat jenis separuh kekal musnah 50 peratus dalam kebakaran tengah malam tadi di Kampung Kolopis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan pada jam 12.18 tengah malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan rumah berkeluasan 50×35 kaki. Pasukan bomba memadam api menggunakan satu aliran 200 kaki, satu pancutan dan satu hos reel,” kata Komander Operasi PBK II Christy Giudon.

Api dapat dikawal pada jam 12.55 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.40 pagi. Tiada mangsa dilaporkan.

Lapan anggota dari BBP Penampang bersama satu jentera FRT dan sebuah tangki air digerakkan ke lokasi. Turut membantu ialah anggota PDRM dan SESB.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan