Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Steven Sim (tiga dari kanan) hadir pada Seminar on Fraud, Evasion and Error in Social Security and Insurance Claims di ibu negara hari ini. Foto, TVS.

RM61 juta dana PERKESO diselamatkan daripada tuntutan palsu

ByTVS

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Siasatan terperinci oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendapati terdapat kira-kira 1,200 kes tuntutan faedah disyaki melibatkan unsur penipuan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, siasatan dalam tempoh lima tahun itu merangkumi pelbagai skim termasuk Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Skim Keilatan serta Program Saringan Kesihatan (HSP).

Jelasnya, sebanyak 500 kes tuntutan telah digantung selepas didapati wujud penipuan dan kesalahan, sekali gus menjimatkan lebih RM61 juta dana PERKESO dalam jangka panjang.

“Saya perlu tegaskan kita mesti sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi terhadap tuntutan palsu.

“Saya komited untuk membanteras sepenuhnya sindiket tuntutan palsu ini kerana menyalahgunakan sistem yang sepatutnya melindungi golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Seminar on Fraud, Evasion and Error in Social Security and Insurance Claims anjuran PERKESO dengan kerjasama Pemeriksa Perubatan Bebas Lembaga Amerika (ABIME), di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal.

Sementara itu, Steven berkata, di sebalik komitmen PERKESO membanteras sindiket penipuan faedah, institusi tersebut tidak boleh memangsakan pencarum yang benar-benar layak dengan proses saringan yang rumit.

Jelas beliau, dalam era teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) hari ini, tiada alasan untuk mengorbankan kecekapan sistem semata-mata untuk mempertahankan integriti.

“Saya yakin kita boleh mencapai kedua-duanya iaitu kecekapan sistem dan integriti kita dalam memberikan perlindungan kepada pencarum.

“Kita boleh memastikan proses yang lebih cepat, mudah dan tahan daripada penipuan. Dan untuk itu, seminar hari ini seharusnya menjadi panduan kepada perbincangan kita ke arah matlamat tersebut,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan