Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak RM5 juta telah diluluskan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi pemasangan lampu solar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas. Foto hiasan Envato

RM5 juta untuk pemasangan lampu solar di DUN Saribas

DEBAK, 3 Jun: Sebanyak RM5 juta telah diluluskan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi pemasangan lampu solar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata inisiatif itu melibatkan pemasangan di 22 kampung, 14 rumah panjang serta beberapa lokasi strategik seperti jalan utama dan simpang penting.

Datuk Mohammad Razi Sitam melakukan kunjungan prihatin ke atas Arif Sidi yang terlantar akibat kemalangan. Foto TVS.

“Kontraktor pelaksana sudah dilantik dan kerja pemasangan dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan selepas proses pesanan diselesaikan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan prihatin ke atas seorang penduduk yang terlantar akibat kemalangan di Kampung Lalang, Debak, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan bersama Majlis Daerah Betong (MDB) selaku agensi pelaksana bagi memastikan pemasangan lampu tidak bertindih dengan sistem sedia ada.

Tambahnya, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk, khususnya pada waktu malam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan