Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad kebangsaan menggariskan dua elemen kritikal yang perlu diperbaiki sebagai persiapan menghadapi kejohanan hoki lelaki Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). Foto Malaysian Hockey Confederation (FB)

Piala Negara-Negara FIH: Dua elemen kritikal jadi tumpuan Sarjit

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Skuad kebangsaan menggariskan dua elemen kritikal yang perlu diperbaiki sebagai persiapan menghadapi kejohanan hoki lelaki Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bermula 15 Jun ini.

Ketua jurulatih kebangsaan Sarjit Singh berkata jaringan menerusi pukulan sudut penalti dan ketika bertahan daripada membiarkan pihak lawan menyempurnakan pukulan sudut penalti kekal menjadi dua perkara yang perlu ditekankan skuad Speedy Tigers.

“Macam saya cakap, pasukan ini semakin baik. Ikutkan kita banyak jaringankan gol padang tetapi sebaliknya kurang menerusi jaringan pukulan sudut penalti.

“Sebagai contoh pada Jelajah Korea Selatan tempoh hari. Kita dapat 23 peluang jaringan pukulan sudut penalti, namun lima berjaya diterjemahkan kepada gol. Sementara itu kita memberikan peluang yang sama kepada pihak lawan dan hanya berjaya menepis lima daripadanya dan ia bukanlah sesuatu yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran edisi ketiga Piala Negara-Negara FIH di sini hari ini.

Pengurus pasukan Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak dalam pada itu meletakkan sasaran skuad negara layak ke pusingan separuh akhir.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama New Zealand, Jepun dan Pakistan, sementara Kumpulan A dibarisi Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Wales.

Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketujuh pada edisi lepas di Gniezno, Poland. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan