Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Arab Saudi memperkenalkan peta interaktif pelbagai bahasa di Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji mengakses perkhidmatan penting sepanjang musim haji. Foto fail AFP

Peta interaktif dilancar jadi panduan jemaah di Masjidil Haram

ByBernama

MINA (Arab Saudi), 3 Jun: Arab Saudi memperkenalkan peta interaktif pelbagai bahasa di Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji mengakses perkhidmatan penting sepanjang musim haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Peta yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi membolehkan pengguna mengesan kemudahan penting seperti stesen air zamzam, pejabat hilang dan jumpa, pusat bantuan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Arab Saudi untuk memanfaatkan teknologi moden dalam memudahkan pelaksanaan ibadah dan meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan