Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari beliau ke UK bermula Isnin. Foto Zahid Hamidi (FB)

Perubahan dasar AS peluang terokai pendidikan negara lain – Ahmad Zahid

ByBernama

LONDON, 3 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perubahan dasar Amerika Syarikat (AS) termasuk dalam sistem pendidikan wajar dilihat sebagai peluang untuk meneroka kelebihan pendidikan di negara lain.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini termasuk meneroka peluang baharu di United Kingdom (UK) yang telah lama menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pendidikan.

“Kita tahu bahawa MARA (Majlis Amanah Raya) telah membuat keputusan untuk tidak lagi menghantar pelajar-pelajar tajaannya ke AS, saya mempunyai pendekatan apabila kita melihat ada ancaman, sentiasa ada peluang. Kita perlu melihat dari sudut yang berbeza.

“Dalam keadaan yang beginilah saya fikir sistem pendidikan yang ada di UK di mana yang telah kita pelajari akan kita pergunakan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari beliau ke UK bermula Isnin.

Pada Ahad, Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata MARA akan menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke AS mulai tahun ini susulan pengenalan dasar baharu Presiden Donald Trump.

Sebelum ini, pentadbiran Trump mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing dan mempertimbangkan langkah untuk menyaring pemohon baharu berdasarkan hantaran media sosial mereka.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan menggunakan ruang lawatan kerja di UK untuk memperluas kerjasama dalam bidang TVET terutama meneroka peluang baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), IoT, robotik serta tenaga hijau dengan universiti di UK.

“Banyak bidang-bidang teknologi baru terutamanya dari segi tenaga hijau yang telah dilaksanakan di sini yang kita boleh pelajari dan kita harap melalui program latihan kepada pelatih (training the trainers) (ToT) misalnya dapat membuahkan hasil apabila mereka telah mengikuti kursus-kursus di sini,” katanya.

Ahmad Zahid antara lain dijadualkan bertemu wakil institusi terkemuka seperti University College London, menyampaikan syarahan umum mengenai hala tuju TVET negara serta berinteraksi bersama pelajar tajaan MARA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan