Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf menyampaikan sumbangan kepada mangsa di Kampung Berangan Paloh pada Isnin, petang. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Mangsa kebakaran di Kampung Berangan Paloh terima sumbangan

TANJUNG MANIS, 3 Jun: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab mengadakan lawatan ke Kampung Berangan Paloh bagi menziarahi mangsa kebakaran di sini.

Dalam lawatan tersebut, beliau menaiki bot untuk menziarahi Papau Kasen, mangsa kebakaran yang kehilangan rumah sehari sebelum sambutan Hari Gawai Dayak baru-baru ini.

Perayaan yang sepatutnya disambut dalam suasana meriah bertukar suram buat keluarga terbabit apabila kediaman mereka musnah dalam insiden berkenaan.

Yusuf menzahirkan ucapan takziah dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Saya juga ingin mengingatkan semua penduduk supaya lebih berhati-hati, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang agak panas ketika ini.

“Elakkan aktiviti pembakaran terbuka serta sentiasa menjaga keselamatan rumah masing-masing bagi mengelak tragedi seumpama ini berulang,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan itu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan segera berupa barangan makanan asas dan wang tunai RM1,000 kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan