Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou meluahkan rasa syukur dan terharu selepas dikurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Foto Bernama

Liek Hou terharu terima KMN daripada Yang Di-Pertuan Agong

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou meluahkan rasa syukur dan terharu selepas dikurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Negara, semalam.

Liek Hou, 37, berkata pengiktirafan itu merupakan detik paling bermakna dalam perjalanan kariernya sebagai atlet paralimpik.

“Saya amat berbangga dan berterima kasih atas pengurniaan ini. Seperti kita sedia maklum, pengurniaan darjah kebesaran oleh Yang di-Pertuan Agong bukanlah sesuatu yang mudah dan saya amat menghargainya.

“Bagi saya, ini satu pencapaian luar biasa yang menandakan saya telah membawa nama negara ke tahap yang membanggakan di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau merupakan antara 14 individu yang menerima Bintang KMN dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025.

Mengulas perancangannya, pemenang pingat emas perseorangan lelaki kategori SU5 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 itu berkata fokusnya kini adalah untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki yang dialami.

“Matlamat saya ialah untuk terus kekal konsisten dan kembali bersedia menghadapi kejohanan penting bermula tahun depan,” katanya.

Selain dua gelaran Paralimpik, Liek Hou juga merupakan juara dunia 14 kali – lapan kali dalam acara perseorangan dan enam kali dalam beregu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan