Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amirudin memeriksa salah seorang E-Bike yang disumbangkan Kerajaan Selangor kepada polis negeri itu di sini hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Larangan jual vape, Selangor tunggu cadangan balas pelbagai pihak

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 3 Jun: Kerajaan Selangor sedang menunggu maklum balas pelbagai pihak berhubung cadangan untuk melarang penjualan vape serta rokok elektronik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, walaupun terdapat kebimbangan mengenai pengusaha serta kebajikan pekerja terlibat dalam sektor itu namun kesihatan awam menjadi keutamaan pihaknya.

Jelas beliau, sebelum ini perbincangan telah diadakan dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor ke arah melaksanakan peraturan berkenaan.

“Keutamaan kita adalah perkara melibatkan faktor kesihatan awam terutamanya generasi muda.

“Kita bimbang ada kesan – kesan lain seperti penyalahgunaan dadah mushroom ataupun ganja yang dikesan meskipun jumlah agak kecil, justeru perlunya satu kawalan dan pihak Exco (Kesihatan Awam Selangor) akan meneliti kertas – kertas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan E-Bike kepada Polis Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sebelum ini Exco Kesihatan Awam Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata negeri itu dijangka akan memuktamadkan keputusan berhubung perkara itu dalam tempoh dua bulan dan mesyuarat akan diadakan termasuk dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Amirudin berkata, pihaknya tidak mahu sesuatu keputusan diumumkan tanpa mempunyai garis panduan yang jelas.

“Contoh di beberapa negeri, mereka mengharamkan tetapi garis panduannya tidak jelas (seperti) macam mana penjualannya,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan