Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Pejabat Perdana Menteri

Kota MADANI tekankan kemudahan asas menyeluruh demi rakyat – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep Kota MADANI menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.

Anwar berkata sewaktu pembentangan konsep itu hari ini, beliau dimaklumkan bahawa antara kemudahan yang dirancang ialah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta institusi kewangan.

“Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

”Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata selain itu, reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina serta warisan.

“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan