Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IPD Subang Jaya hari ini melupuskan barang kes bernilai keseluruhan RM1,445,649 juta. Foto, TVS.

IPD Subang Jaya lupus barang kes RM1.44 juta

ByTVS

SUBANG JAYA, 3 Jun: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini melupuskan pelbagai barang kes melibatkan 635 kertas siasatan yang telah selesai dengan nilai keseluruhan RM1,445,649 juta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pelupusan turut melibatkan barangan 525 kertas siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah serta 110 kertas siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial.

“Pelupusan ini melibatkan kes-kes yang telah selesai dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah mengikut peruntukan di bawah Seksyen 407A Kanun Prosedur Jenayah,” katanya di IPD berkenaan di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Polis (DCP) Mohd Zaini Abu Hassan.

Tambah Mohd Fairus, IPD berkenaan turut melupuskan sebanyak 548 set peralatan yang terdiri daripada komputer, komputer riba dan telefon bimbit hasil Op Dadu (perjudian) dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM582,400.

Sementara itu, bagi Op Pusat Hiburan dan kes kontraban pula katanya, barang rampasan melibatkan 650 tin minuman keras, 502 botol arak dan 293 karton rokok tidak bercukai pelbagai jenama dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM362,911.

“Dalam operasi Op Elektrik, sebanyak 635 unit mesin Bitcoin telah dilupuskan, melibatkan nilai rampasan berjumlah RM286,200.

“Manakala, bagi kes yang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, pelupusan melibatkan 29,307 keping VCD dan DVD, lima unit telefon bimbit serta empat unit komputer riba, dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM214,149.00,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan